Sunday, October 4, 2009

GEMPA BUMI: IKTIBAR DARI KEJADIA DI PADANG

Pengajaran daripada gempa bumi yang berlaku di Padang pada pukul 6:16 p.m (atau 17:16) waktu tempatan Indonesia Rabu lalu.

Di dalam surah 17:16 (surah Al - Isra' juzuk ke 17, ayat ke 16) Allah memberi peringatan kepada manusia.

Maksudnya:

"Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya."
QS. al-Isra' (17) : 16

Daripada idea yang sama, cuba pula kita lihat kepada ayat-ayat berikut berdasarkan berita yang terkandung di dalam Berita Harian hari ini (5 Okt 2009) :

====
KUALA LUMPUR: Dua gempa bumi kuat dikesan berlaku di Mindanao, Filipina, pada jam 6.58 petang dan 7.04 petang tadi, masing-masing berukuran 6.5 dan 5.8 pada skala Richter.
====

Ternyata Surah 18:58 juga mengandungi peringatan untuk kita.

"Dan Tuhanmulah yang Maha Pengampun lagi mempunyai rahmat. Jika Dia mengazab mereka karena perbuatan mereka, tentu Dia akan menyegerakan azab bagi mereka. Tetapi bagi mereka ada waktu yang tertentu (untuk mendapat azab) yang mereka sekali-kali tidak akan menemukan tempat berlindung daripadanya."
QS. al-Kahfi (18) : 58

Seterusnya walaupun surah 19:04 tidak begitu relevan, tetapi surah 7:04 pula relevan.

"Betapa banyaknya negeri yang telah Kami binasakan, maka datanglah siksaan Kami (menimpa penduduk)nya di waktu mereka berada di malam hari, atau di waktu mereka beristirahat di tengah hari."
QS. al-A'raf (7) : 4

Sesungguhnya benar lah Al Quran diturunkan untuk peringatan sepanjang zaman dan selalunya sejarah yang disebut di dalam Al-Quran itu sering berulang.

"Maka Kami jadikan yang demikian itu peringatan bagi orang-orang di masa itu, dan bagi mereka yang datang kemudian, serta menjadi pelajaran bagi orang-orang bertakwa."
QS. al-Baqarah (2) : 66

Moga kita tergolong di kalangan hambaNya yang taat dan bertaqwa seterusnya terlepas dari azab siksaNya, di dunia dan akhirat. Amiiin

Thursday, July 30, 2009

TENTANG VIRUS

Virus komputer di dalam istilah komputer ialah sejenis program parasit yang tertanam di dalam salah sebuah perisian atau program. Kebiasaannya ia disimpan atau terletak di kawasan tertentu di dalam disk yang dinamakan "boot sector". Apabila kita menjalankan/melarikan perisian yang dijangkiti virus tersebut atau cuba mengakses disk yang dijangkiti akan mengaktifkan virus tersebut. Virus boleh diprogramkan untuk melakukan pelbagai perkara termasuklah menyalin diri mereka ke dalam program lain, memaparkan maklumat tertentu di monitor, memusnahkan fail maklumat atau memadam kelesuruhan cakera keras "hard disk".

Disamping itu, virus komputer juga boleh diprogramkan untuk bertindak pada masa-masa yang tertentu atau pada hari yang telah ditetapkan. Virus yang paling digeruni sekali ialah virus Michelangelo yang menyebabkan kemusnahan yang amat besar pada tahun1991. Ia ditulis untuk diaktifkan pada harilahir penulis aturcara tersebut. Apabila pengguna menghidupkan komputer mereka yang telah dijangkiti pada hari tersebut, komputer akan mengformatkan "reformat" cakera keras, memadamkan segala maklumat dan perisian yang disimpan di dalam cakera keras tersebut

Pada tahun 1950an, mulanya ahli saintis komputer membincangkan kemungkinan untuk membina perisian yang dapat menyalin dirinya sendiri dan merebak kepada komputer lain. Perisian virus tersebut masih belum dicipta sehinggalah pada tahun 1983 apabila salah seorang pelajar di Universiti of California iaitu Fred Cohen menulis satu huraian mengenai virus komputer tersebut Tidak seperti virus yang menyebabkan selsema atau penyakit lain terhadap manusia, virus komputer tidak berlaku atau terjadi dengan sendirinya. Setiap virus harus diprogramkan. Tidak terdapat virus yang berfaedah. Kadangkala, virus komputer hanya ditulis untuk mengganggu. Terdapat sesetengah individu yang ingin memaparkan mesej tertentu untuk bergurau. Di dalam keadaan yang demikian, virus tersebut hanyalah bersifat untuk menggangu sahaja. Walau bagaimanapun, apabila virus terbabit menyebabkan kerosakan yang besar. Siapa yang harus dipersalahkan. Pencegahan Dari Jangkitan

Untuk mencegah jangkitan virus tidaklah sukar seperti yang disangkakan. Kita hanya perlukan pengetahuan mengenai virus komputer dan beberapa perisian untuk mengatasinya. Perkara utama yang anda perlu ketahui ialah semasa komputer anda berada didalam keadaan bahaya jangkitan. Apabila virus komputer telah berada di dalam ingatan komputer, virus boleh memusnahkan perisian dan fail-fail data di dalam cakera keras anda. Cara yang paling mudah untuk mendapat jangkitan virus komputer ialah dengan bertukar-tukar perisian atau disk dengan orang lain. Bahkan, perisian yang baru dibeli dan masih dalam bungkusan juga dipercayai mempunyai virus komputer. Kaedah pencegahan yang terbaik ialah dengan menganggap semua disk yang anda temui mempunyai potensi dijangkiti virus. Untuk mengenal pasti virus komputer memerlukan perisian antivirus. Perisian ini mampu mengesan disk dan perisian yangdipercayai mempunyai virus dan memusnahkannya. Terdapat pelbagai perisian untuk mengesan virus ini.

Aktiviti Virus Komputer

Sepertimana yang dinyatakan sebelum ini, virus komputer adalah program kecil yang memasukkan dirinya kedalam program perlaksanaan dan juga "boot sector" (kawasan di dalam setiap disk yang mengandungi program yang melaksanakan "loading" sistem operasi) Kebanyak virus akan aktif apabila anda menjalankan program yang telah dijangkiti atau memulakan "booting" komputer daripada disk yang telah dijangkiti. Ia akan mula membiakkan dirinya dengan mencari fail-fail yang baru dan "boot sector" untuk dijangkiti.Virus komputer yang paling ditakuti oleh kebanyakan orang ialah virus yang menghapuskan data, format cakera keras atau menjadikannya "unbootable" (tidak boleh mengaccess sistem operasi), atau merosakkan BIOS seting

PENGENALAN INTERNET

Pengenalan

Internet adalah singkatan bagi " inter-network". Internet adalah rangkaian bagi rangkaian komputer global yang menghubungkan berjuta-juta komputer di dunia. Jika anda ada komputer dengan modem dan talian telefon, anda telah berada dalam rangkaian komputer di malaysia. Rangkaian komputer di Malaysia dihubungkan kepada komputer luar negara. Ini dinamakan internet

Perkidmatan yang terdapat di internet

a) E-mail
b) Jaring sedunia
c) Bersembang
d) Kumpulan berita
e) telnet
f) ftp

Keperluan untuk mencapai internet

1) Akaun internet
Penguna perlu dapatkan akaun/mendaftar daripada pembekal perkidmatan internet (ISP). Antara pembekal perkidmatan internet di Malaysia adalah MIMOS - JARING, TELEKOM MALAYSIA - Tmnet,
MAXIS - maxis.net dan TIME.COM - time.net.

Terdapad 2 cara untuk mencapai internet iaitu:
a) capaian terus/direct access
komputer penguna bersambung terus kepada internet menerusi talian sewa.
b) capaian dailan/ dail-up
capaian ke internet dilakukan dengan membuat panggilan melalui talian telefon. Penguna perlu mempunyai modem.

Wednesday, June 17, 2009

BRIGET ICT SMKTPG 2009

Assalamualaikum wr.

Hari ini diadakan perjumpaan khas bagi AJK Pusat Akses SMKTPG. 10 orang yang hadir.
Pesan cikgu untuk briget ICT buat pengawasan dan bertugas mengikut hari yang telah dijadualkan.
Perkara yang perlu diambil perhatian semasa bertugas:
1. Mengambil kunci bilik akses daripada guru berkenaan
2. membersih dan mengemas bilik akses
3. mengawas penggunaan komputer oleh pelajar yang masuk
4. Mengemaskini buku laporan dan buku log
5. sebelum menutup bilik akses, pastikan semua komputer ditutup dan bilik dalam keadaan teratur.

p/s: baju briget akan siap 2 minggu lagi. HArap bersabar!
Sesiapa yang belum membuat bayaran boleh buat bayaran terus pada cikgu dan yang belum cukup duit tu... kumpul2 la dari sekarang..

Wednesday, March 4, 2009

KELAS ICTL 2009- COMPUTER EVOLUTION

Apa itu Komputer...?

Komputer merupakan satu mesin yang menerima data(input) dan kemudiannya memprosesnya menjadi maklumat berguna dan disimpan dalam storan sekunder untuk kegunaan masa hadapan atau dikeluarkan melalui printer dll(output)

Komputer sebenarnya berasal dari bahasa latin computare yang bermakna menghitung kerana luasnya bidang garapan ilmu komputer, para pakar dan peneliti sedikit berbeza dalam mendefinasikan termininologi komputer

Sejarah Perkembangan Komputer

Sejarah bermulanya perkembangan dunia komputer apabila proses pengiraan itu wujud dalam aktiviti seharian manusia dari pengunaan jari manusia sehinggalah kepada alat mengira,maka terciptalah alat yang mampu melaksanakan asas pengiraan iaitu tambah, tolak dan darab. Sejarah perkembangan komputer sebenarnya telah lama bermula sejak tahun 1940 lagi dan ianya terbahagi kepada empat generasi komputer:

Generasi Pertama-Tub hampagas ( 1942 - 1958 )
1. Menggunakan teknologi tiub hampagas (vakum).
2. Berupaya memproses beberapa ribu arahan sesaat,lebih pantas daripada pergerakan alat mekanik.
3. Berupaya menyimpan 10,000 - 20,000 aksara.
4. Menggunakan ingatan teras magnet. Teras magnet adalah gelang-gelang logam yang amat kecil dan boleh memberikan kuasa magnet melalui satu dari dua arah.

Generasi Kedua-Transistor (1959 - 1964)
1. Menggunakan transistor menggantikan tiub hampa gas.
2. Dicipta oleh tiga saintis di Bell Laboratories, iaitu J. Bardeen, H. W. Brittain dan W. Shockley.
3. Transistor adalah sebuah alat elektronik yang kecil di mana fungsinya adalah untuk memindahkan isyarat-isyarat elektrik melalui perintang.
4. Keserasian terhad. Atur cara yang ditulis untuk satu komputer perlu diubah untuk dilaksanakan pada komputer lain.
5. Menggunakan hanya pita untuk storan yang boleh memproses secara jujukan sahaja.
6. Menggunakan bahasa aras rendah iaitu bahasa simbolik.
7. Lebih kecil, ringan, murah tahan lama dan mudah digunakan.
8. Bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi atau bahasa perhimpunan (assembly language) seperti FORTRAN dan COBOL.

Generasi Ketiga-Litar Elektrik (1964 - 1970)
1. Menggunakan teknologi litar bersepadu yang terdiri daripada beribu-ribu transistor yang diletakkan pada kepingan silikon.
2. Atur cara lebih serasi.
3. Bermulanya konsep multi pengaturcaraan. Beberapa pengguna berkongsi mesin. Istilah baru perkongsian masa.
4. Bermulanya pemprosesan rawak dengan penggunaan cakera magnet.
5. Lebih kuat, utuh dan padat.
6. Bahasa pengaturcaraan dihasilkan seperti BASIC dan Pascal.

Generasi Keempat (1971 -1999)
1. Penggunaan litar bersepadu berskala besar. Istilah yang digunakan ialah Penyepaduan Skala-Besar (Large-Scale Intergration ataupun LSI).
2. Penggunaan mikro pemprosesan pada satu serpihan.
3. Dengan pengenalan storan maya, atur cara yang bersaiz beberapa kali saiz ingatan mesin boleh dilaksanakan.
4. Pengenalan kepada cakera padat ingatan baca sahaja (Compact Disc Read Only Memory
( CD ROM )).

Generasi Kelima ( 2000 sehingga kini)
1. Lebih canggih, lebih murah, lebih pantas dan lebih hebat daripada yang sedia ada dan kemampuan 'melihat', 'mendengar', 'bercakap', dan 'berfikir' seperti manusia-kepintaran buatan.
2. Memiliki kecerdikan buatan iaitu setakat mana manusia membuat komputer itu cerdik.
3. Melaksanakan tugas secara selari berbeza dengan caranya sekarang dan membolehkan tugas diselesaikan serentak.
4. Lebih cepat dan lebih kuasa untuk membuat penaakulan, belajar dan membuat kesimpulan.





Sejarah Internet

Sekitar tahun 1960-an,penyelidik-penyelidik mula mencari jalan bagaimana untuk menghubungkan komputer-komputer yang bertaburan di seluruh Amerika Syarikat.Satu pendekatan yang dicadangkan ialah dengan menggunakan perhubungan melalui telefon.Projek tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Advanced Research Project Agency(ARPA),Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.

Pendekatan tersebut menampakkan kejayaan,maka,era rangkaian komputer pun bermula.Kemudiannya ia dikenali sebagai ARPAnet.Rangkaian ini membolehkan berlakunya perkongsian data dan maklumat dengan pantas dan lebih senang.Terdapat banyak lagi projek rangkaian lain yang berfungsi dengan menggunakan sistem tersendiri seperti NSF iaitu National Science Foundation,MILNET dan sebagainya.Perkembangan sistem ini berubah begitu cepat dan pantas.

Pada tahun 1970-an,ARPA membina peraturan atau protokol bagi tujuan penghantaran data antara rangkaian komputer yang berbeza.Protokol internet membolehkan semua komputer seluruh dunia dihubungkan antara satu sama lain.
Pada tahun 1980-an,hubungan ini yang kemudiannya dikenali sebagai internet berkembang dengan begitu pesat dan kini internet telah pun menjadi sebahagian budaya serta aktiviti harian penduduk seluruh dunia.

KELAS ICTL 2009

Definisi Komputer

Definisi umum komputer ialah sejenis peralatan elektronik yang dihubungkan dengan elektrik yang berfungsi untuk membantu sistem kerja manusia supaya lebih mudah, cepat dan tepat.
Komputer juga merupakan alat informasi dan komunikasi yang boleh mengolah dan menyimpan data.
Secara umumnya kelengkapan komputer pada masa kini adalah seperti berikut :
- Mainframe
- Personal Computer (PC)
- Computer for Server (Server)
- Personal Data Assistant (PDA)
- Mobile Computer (Notebook, Laptops, Desknote)
- Global Positioning System (GPS)
- Kalkulator
- Translator (contoh : Alfa Link)
- PC Tablet
- Organizer
Walaupun terdapat pelbagai jenis alat yang boleh di kategorikan sebagai komputer, lazimnya, fokus utama kita ialah personal komputer (PC). Justeru itu, saya hanya akan membincangkan PC mengikut garis sempadannya.
Secara umumnya, kaedah kerja komputer adalah seperti berikut :



Terdapat tiga bahagian peringkat komputer iaitu :
1. Hardware (perkakasan)
2. Software (perisian)
3 User (pengguna)
- Operator, iaitu sebagai pengguna komputer sahaja.
- Programmer, iaitu sebagai pembuat software atau program.
- Sistem analisis, iaitu yang menghubungkan antara komputer, manusia dan program.

Saturday, February 21, 2009

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul


SELAMATKAN GAZA...

Apa yang boleh diperkatakan,
sudahkah kita membuat sumbangan?
Apa-apa bentuk sumbangan,
-doa
-solat hajat
- sumbangan dana
-tenaga